Sudah bergelar graduan Al-Azhar

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan teman seperjuangan, saya kini sudah bergelar graduan Universiti Al-Azhar, Fakulti Syari’ah & Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiyyah dengan pangkat Jayyid (Baik).

Tahniah juga diucapkan buat adinda saya, Nazihah Abdul Rahman yang juga menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariyyah, Fakulti Usuluddin, Jabatan Tafsir, juga dengan pangkat Jayyid.

Juga sekalung tahniah buat semua sahabat-sahabat yang baru sahaja berkonvo bersama-sama pada Ahad lepas.

Terima kasih diucapkan buat adik-adik; Munawwar dan Amalina yang menemani kami di Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar 2009 di Markaz Al-Azhar Lil Mu’tamarat (Al-Azhar Conference Center). Juga buat seorang sahabat yang sangat rajin menjadi photographer peribadi saya sepanjang konvo dengan ’senjata’nya yang ‘sharp‘ dan fokus.

Untuk Mama dan Abah, kejayaan kami di sini ditujukan terutamanya untuk Mama dan Abah. Juga buat guru-guru yang pernah mendidik kami. Adik-beradik yang sabar dengan rindu-rindu perpisahan yang lama. Sahabat-sahabat yang terus-terusan memberikan sokongan. Juga akhir sekali buat para Mursyid di Universiti di atas tunjuk ajar kalian. Penghargaan juga buat bumi Mesir yang banyak mengajar kami tentang kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan.

Salman

Jazakallah akhi Hilman Akil Tan atas memoir yang sangat istimewa. Teruja.

Hadiah paling bermakna buat sahabat seperjuangan buat bekal menempuh perjalanan

Assalamualaikum WBT.

Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memahami dunia perblogan, dan mengerti jiwa seorang blogger. Akhirnya saya dapat simpulkan saya bukan seorang blogger sejati. Maaf sahabat-sahabat blogger sekalian, harap boleh banyak lagi belajar dari anda semua.

Saya dan rakan-rakan yang sedang melalui detik-detik tegang dan kritikal di sini kadang-kala merasai sedikit sesak, apatah lagi melalui saat-saat yang belum pernah dialami secara peribadi, walaupun bayangan-bayangan peristiwa sebegini sudah terlintas lama dahulu semasa mula-mula mengenal erti perjuangan ini. Hakikatnya, ia betul-betul suatu kemanisan di dalam mengharungi fasa-fasa kematangan dalam melangkah.

Buah-buahan syurga

Buah-buahan syurga

Buat rakan-rakan semua, saya tujukan hadiah teristimewa yang saya kira paling bermakna dalam fasa-fasa mutakhir kita. Moga menjadi penyembuh luka hati, merawat cedera jiwa, melapangkan dada, melegakan lelah dan mencerahkan pandangan kita bersama. Read more »

Who are you, Barry Soetoro?

Barry, did you know talk radio/internet show host Alex Jones released a documentary video about you in March 2009 with blatant partial truths and critical omissions?

Barry, your mother was pure Caucasian white and your father was African black so why do you incorrectly identify yourself as an African Black rather than identify yourself as the appropriate designation of Mulatto or Bi-Racial?

Barry, are ashamed of or angry at being Mulatto or Bi-Racial?

Barry, why did Alex Jones exclude this important topic from his documentary about you?

Barry, what is the first name is on your birth certificate, Barry or Barack?

Barry, what is the last name on your birth certificate, Obama or Dunham ( your mother’s maiden name)?

Who is Barry Soetoro?

Who is Barry Soetoro?

Read more »

Umatku yang sakit, jangan meratap

Munshid : Muhammad Al-Husayan, Kuwait [Festival Nasyid Keenam]

يا أمتي

يا أمتي لا تألمي * يا أمتي ولتقدمي

Wahai Umatku, jangan meratap

Wahai Umatku, teruslah melangkah

Read more »

Selamat Hari Guru ~buat semua guru-guru, para murabbi, para pendidik

Guru O Guru by Usman Awang

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu, dialah bapa, juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan didulangi ilmu

Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Syair Imam Syafie (Buat Para Guru)

syair safi'e

Ilmu adalah sebaik-baik apa yang dicapai tangan,

betapa agungnya jasa tangan Guru kepadaku.

Nyawaku taruhan bagi hidup Guru,

kerananya jernihlah sumber hidupku dan alirannya.

Guru merawati daku dari penyakit kejahilan,

yang tidak daya begitu seorang tabib yang agung.

Ilmu itu rumah dan Guru tangganya,

bagaimana lagi menaiki rumah jika bukan melalui tangganya.

Maka ketahuilah bagi Guru haknya,

Kerana jasa Guru kau kenali kebenaran tika mudamu.

Ilmu itu andai engkau nilaikan,

tidakkan pernah sama dengan habuan dunia yang hilang dan lesap.

جزاكم الله خير الجزاء

BuatMu – Sya’ir al-Imam as-Syafi’e

إلـيــك

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

BuatMu, Tuhan segala makhluk, ku persembahkan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

Sekalipun aku seorang pendosa, wahai Maha Pemberi dan Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Tatkala keras hatiku dan sempit jalan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Ku jadikan sendu rayuku manifestasi keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

Selamanya masih Engkau sahaja yang mengampuni dosa yang tidak terhapus ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرّمــا

Kasih dan ampunanMu adalah kurnia dan kasih sayangMu

***

Read more »

Dakwah ini seperti lumba lari 4×200m

Risalah

Risalah

Jika tidak keterlaluan, saya ingin mengumpamakan projek dakwah ini seperti lumba lari 4×100m atau yang seumpama dengannya. Atau jika lebih baik, ia seumpama lumba lari 4×200m atau 4×400m, jaraknya lebih jauh, kemampuan individu lebih teruji, apatah lagi kemampuan pasukan.

Read more »

Kerajaan Seteru Khafiyyah

Mari bersama mengenal hakikat sebenar peperangan di atas muka bumi ini. Yang pastinya sering berlaku di antara kerajaan khafiy tersembunyi dan kerajaan yang terzahir dilihat mata. Kita pasti tak dapat menyebut dengan tepat berapa banyak masa kita disibukkan dengan persediaan untuk menghadapinya. Akan tetapi yang pastinya kita akan membongkar rahsia-rahsia khafiy. Bersama-sama drama ini, iringkan imaginasi anda tanpa had. Pancarkannya di skrin minda dan saksikan, dengan telinga anda semestinya (drama ini drama suara tanpa gambar video).
Setiap jiwa pasti terpampang padanya kerajaan gergasi ini. Menyaksikan pertempuran, pertembungan, kegeritan dan peperangan mega saban zaman.

Selamat menikmati!

[Jika anda memahami bahasa Arab dengan baik, menjadi bonus untuk anda menikmati hidangan ini.]

 

Mamlakah al-A’daa’ al-Khafiyyah

Read more »

Mesir : Bangsa dalam penantian

A nation in waiting

4 Mei baru-baru ini Tuan Presiden Hosni Mubarak meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 80 dan tidak kurang 27 tahun sebagai Tuan Presiden kepada rakyat Mesir. Akan tetapi, sejak awal lagi, marhain kebanyakan masih merasakan mereka sebagai sebuah bangsa negara yang sedang dalam penantian. Menanti sesuatu yang tidak pasti. Yang entah bila saatnya akan tiba. Hanya menanti? Hanya jiwa yang besar akan memberikan anda jawapannya.. Read more »

Karya Seni Kontroversial Aboutrika untuk Gaza