Bismillah Walhamdulillah..
Assalamualaikum wbt…
Untuk entri pertama, sementalah masih lagi di tahap mencuba-cuba. Maklumlah, baru belajar berbloglah katakan. Moga-moga saya dan anda semua mendapat banyak manfaat sepanjang pertemuan-pertemuan kita di alam maya ini.
Dan sempena kedatangan tahun baru Hijrah (1429) dan Miladi (2008), saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Tahun Baru kepada semua muslimin dan muslimat, semoga kehadiran tahun baru kali ini lebih memberi erti untuk kita terus menapak dalam perjuangan dan kehidupan, walau apa jua rintangan yang mendatang.
Kehadiran tahun baru 1429H lebih dihayati jika kita merasai ruh Hijrah Rasulullah saw dan Muhajirin, titik tolak perkembangan dan peralihan fasa perjuangan setelah merasai jerih kepayahan dan pengorbanan, seharusnya juga memberi seribu satu makna (atau mungkin tak cukup dengan kiraan seribu), mengingatkan kita akan peritnya perjuangan ar-Rasul saw dan para sahabat ra. Mengajar kita erti perjuangan, pengorbanan dan jihad sebenar. Agar kita dapat menuruti setiap langkah dan jejak perjuangan mereka menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Walaupun hakikatnya permulaan perkiraan tahun Hijrah bagi umat Islam ini tidak berlaku lagi pada zaman Baginda saw, tetapi merupakan ijtihad Amirul Mukminin ‘Umar al-Faruq akan keperluannya setelah Islam sudah jauh menyebar ke sayap Barat dan Timur, telah menundukkan dua tamadun mega dunia.
Dan kita juga menyambut kehadiran tahun baru 2008 Masihi (Miladi), walaupun merupakan perayaan rasmi di sisi agama Kristian (Nasrani) saban tahun yang konon-kononnya merayakan hari ulangtahun kelahiran Nabi Allah al-Masih ‘Isa as. Terdapat sebahagian catatan menyatakan bahawa sebenarnya penetapan permulaan perkiraan tahun Masihi ini yang berdasarkan hari dan tahun kelahiran al-Masih ‘Isa bin Maryam as, hanyalah secara agak-agak selepas beberapa kurun Baginda as dilahirkan dan berjuang sehingga diangkat ke langit oleh Allah. Walaupun juga hari ini tidak seharusnya disambut oleh Muslimin sebagai hari kebesaran agama, setidak-tidaknya memberikan sedikit ‘ibrah kepada semua bahawa kitalah sebagai umat Islam yang paling berhak untuk mengakui bahawa kita adalah sebahagian daripada perjuangan Baginda dan para Hawariynya, dan mereka merupakan sebahagian daripada iman dan perjuangan kita. Sebagaimana tercatat di dalam hadith yang diriwayatkan Imam Bukhari, ketika ketibaan Baginda saw ke Yathrib (Madinah), Baginda saw mendapati kaum Yahudi Madinah berpuasa pada hari kesepuluh Muharram (‘Asyura). Apabila ditanya, mereka mendakwa berpuasa kerana mengikuti sunnah Musa as yang berpuasa pada hari tersebut sebagai tanda syukur diselamatkan Allah daripada Fir’aun dan bala tenteranya. Respon ar-Rasul saw yang penuh bermakna, “Bahkan kami lebih berhak daripada kamu ke atas Musa.”
Oh ya, dengan berlalunya 2007 memberikan sedikit kelegaan kerana kegagalan Zionis Israel melaksanakan perancangan cita-cita jahat mereka meruntuhkan Baitul Maqdis dan membina Haikal di atas tapak runtuhan tersebut. Walau bagaimanapun sedikit kelegaan ini tidak begitu bermakna, atau membuatkan kita berdiam sahaja kerana Baitullah al-Maqdis masih di bawah cengkaman ‘bangsa-bangsa anjing, kera dan khinzir’ itu.
Wallahu a’lam.
Filed under: Coret


selamat berblog~
assalamu ‘alaikum habibi!
hope ur well… btw ur pics didnt load… i’m using internet explorer 7.
kirim salam to all the bros!
Selamat datang ke dunia blog ust salman.. Semoga menjadi ladang dakwah dan pengukuhan ilmu buat kita.. amin..
assalamu’alaykum! waah… blog baru seyh… selamat menyampaikan kefahaman melalui cara ni. Hehehe, menantikan detik-detik tersebut.
to mfmf : jazakallah, doakan dan bantulah ye..
to fauzan : maaf, sebenarnya ada masalah pada coding. masalah sudah dapat diatasi, semoga imej keluar di skrin anda
to taqeyyabella : terima kasih ust shahid. rasanya banyak lagi perlu ana belajar dari anta. lama tak ketemu, rindu rasanya.. hehe jemputlah ke rumah
to ‘ammar taqiyuddin : semoga kita dapat sama-sama belajar. saya budak baru belajar, kalau salah tolong-tolonglah ye..
aku tgk pkai mozila, mcm ade prob ngn template je, xdpt bace full text
eh.. dh ok plak..
haih
wah~ kamu begitu hensem~
“Kehadiran tahun baru 1429H lebih dihayati jika kita merasai ruh Hijrah Rasulullah saw dan Muhajirin,”
waman kanat hijratuhu ilallahi warasuluhi..fahijratuhu ilallahi warasululihi
banyak lagi yang ana perlu belajar dari anta. banyaaak sangat!!!
salam..
smart anak datuk sorang nie..
bila nak mari jalan sini? mai arr…
to huhu: sbnrnye ada masalah aritu, sbb tu ko x dpt bace.. masalah dah dpt diatasi.. selamat melawat.
to johan: bagi syarah sikit komen anda :p wahai pkck genius
to rdhanz: tlg ajar ana photoshop lg
to abcd: sponsor laa ana gi morocco tu.. pitih takdok.. huhu
Hmm… Bila nak tambah post baru?
wah….dah masuk marhalah blog…..huhu…. next nyer bile?….
gai insya Allah…
ello~ ade orang dak~??
apesal berkejar-kejaran pulak? zaman kanak-kanak bersama ka?
to ‘ammar : saje mencari perkataan yg agak nostalgik
to semua : maaf, x sempat mencari masa untuk mengupdate blog ni.. asif jiddan
btw, nama ayah ana is ainullotfi… hehe
Salam,
kami menanti post terbaru.
Sama-samalah kita saling take and give melalui media ni..