Hadiah paling bermakna buat sahabat seperjuangan buat bekal menempuh perjalanan

Assalamualaikum WBT.

Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memahami dunia perblogan, dan mengerti jiwa seorang blogger. Akhirnya saya dapat simpulkan saya bukan seorang blogger sejati. Maaf sahabat-sahabat blogger sekalian, harap boleh banyak lagi belajar dari anda semua.

Saya dan rakan-rakan yang sedang melalui detik-detik tegang dan kritikal di sini kadang-kala merasai sedikit sesak, apatah lagi melalui saat-saat yang belum pernah dialami secara peribadi, walaupun bayangan-bayangan peristiwa sebegini sudah terlintas lama dahulu semasa mula-mula mengenal erti perjuangan ini. Hakikatnya, ia betul-betul suatu kemanisan di dalam mengharungi fasa-fasa kematangan dalam melangkah.

Buah-buahan syurga

Buah-buahan syurga

Buat rakan-rakan semua, saya tujukan hadiah teristimewa yang saya kira paling bermakna dalam fasa-fasa mutakhir kita. Moga menjadi penyembuh luka hati, merawat cedera jiwa, melapangkan dada, melegakan lelah dan mencerahkan pandangan kita bersama.

اللهم إني أشكو إليك
ضعف قوتي وقلة حيلتي وهواني على الناس
أنت رب المستضعفين
وأنت ربي لا إله إلا أنت
إلى من تكلني ؟
إلى قريب يتجهمني
أم إلى عدو ملكته أمري
إن لم يكن بك سخط علي
فلا أبالي
غير أن عافيتك هي أوسع لي
أعوذ بنور وجهك الكريم
الذي أضاءت له السموات والأرض
وأشرقت له الظلمات
وصلح عليه امر الدنيا والآخرة
من أن يحل علي غضبك
[Doa Rasulullah SAW selepas dikecewakan penduduk Tha'if. Allah tak  pilih iman itu dari penduduk Tha'if ketika itu tetapi digantikan dengan iman seorang budak suruhan di kebun anggur, juga sekelompok pemuka-pemuka sebuah kabilah jin. Malaikat hampir menghancurkan Tha'if dan seluruh isinya dengan dua buah gunung batu, tapi kasih sayang Baginda SAW terhadap umatnya dihadiahkan dengan keimanan ahli Tha'if pada generasi selepas itu. Hakikatnya, urusan iman itu benar-benar milik Allah Yang Maha Esa, secara Esa juga, tiada siapa berhak campurtangan walaupun dia seorang Rasul yang paling dicintai.]

Sahabat-sahabat, terimalah cenderahati ini. Dan hayatilah ia huruf demi huruf, kalimah demi kalimah, ayat demi ayat. Pasti anda akan menjumpai penawarnya.
Andai perbutan ini tidak menyebabkan kemurkaanMu ke atas ku, apa lagi yang aku perlu risaukan. Apatah semua yang berada di sisi Mu lebih lapang dan luas buat ku.

6 Responses

  1. wah… dah sebulan lebih tunggu post baru…..
    hehehe….
    tak per2…. tulis tetap tulis…. step by step kiter belajar same2….
    ….
    rabbunayukawwik

  2. terima kasih Dr Saif..

    kalau mmg menghayati setiap bait-bait doa Rasulullah ni memang sangat syahdu. Siapalah kita nak dibandingkan dgn Baginda. Apalah sgt perjuangan kita nak dibandingkan dgn perjuangan dakwah Baginda dan para sahabat..

    Robbuna yukrimak..

  3. subhanallah

  4. hari ini pika dah tengok anya n k yg konvo,oleh itu jgn duduk lama2 kat mesir nnt dah tak kenal anya dah,cepat baliklah.balik balik balik.you are wanted.

  5. jangan ketawa

  6. i’m searching for my way back home. jgn risau. x lame lagi sampailah saye kat depan pintu rumah tu. :D
    tanx amik berat org jauh ni. next is your turn to strive in your studies, kay.

Leave a Reply