Jadilah Muslim Sebenar-benarnya
Lagu ini begitu bermakna kalimat-kalimatnya. Saya ingin dedikasikan buat pemilik suara emas ini, anak jati bumi Syam yang kini jiwa merdakanya sedang terpenjara jasad di Amerika. Beliau ditahan oleh pihak berkuasa Amerika sekembalinya dari Kanada atas tuduhan memberikan maklumat palsu berkenaan aktivitinya di sana semenjak 12 tahun ini. Ustaz Abu Ratib telah membenarkan butir-butir kalimat sya’ir-sya’ir yang beliau lagukan.
كن مسلما
كن مسلما وكفاك بين الناس فخرا
كن مسلما وكفاك عند الله ذخرا
فإذا حييت ملأت هذي الأرض بشرا
وإذا قضيت عرفت كيف تموت حرا
كن مسلما كن مسلما
أنت الربيع فأي شيء في الحياة إذا ذبلت
أنت الفضاء فأين تنطلق الحياة إذا مللت
أنت الحياة فكن إلى الأنحاء وانظر
ما فعلت ما فعلت ما فعلت
كن مسلما وكفاك بين الناس فخرا
كن مسلما وكفاك عند الله ذخرا
فإذا حييت ملأت هذي الأرض بشرا
وإذا قضيت عرفت كيف تموت حرا
كن مسلما كن مسلما
ميراثك الوضاء من هدي النبوة لا يضاهى
المعجزات الخالدات على الزمان وما سواها
وروائع القران جل الله ما أسمى هداها
آه هداها آه هداها
كن مسلما وكفاك بين الناس فخرا
كن مسلما وكفاك عند الله ذخرا
فإذا حييت ملأت هذي الأرض بشرا
وإذا قضيت عرفت كيف تموت حرا
كن مسلما كن مسلما
Jadilah Muslim yang Sebenar-benarnya
Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya, dan cukuplah anda menjadi kebanggaan kala di kalangan manusia
Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya, dan cukuplah anda menjadi perisai di sisi Allah
Andai engkau hidup, dunia dipenuhi kegembiraan
Andai engkau mati, pasti kau ketahui bagaimana matimu sebagai seorang merdeka
Jadilah Muslim, jadilah Muslim
Engkaulah musim bunga, buat semua yang layu
Engkaulah angkasaraya, di mana kehidupan akan bermula jika engkau jemu
Engkaulah kehidupan, maka pergilah ke segenap pelusuk, dan lihat
Apa yang telah kau lakukan, telah kau lakukan, telah kau lakukan
Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya, dan cukuplah anda menjadi kebanggaan kala di kalangan manusia
Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya, dan cukuplah anda menjadi perisai di sisi Allah
Andai engkau hidup, dunia dipenuhi kegembiraan
Andai engkau mati, pasti kau ketahui bagaimana matimu sebagai seorang merdeka
Jadilah Muslim, jadilah Muslim
Warisanmu Al-Qur’an, petunjuk Kenabian yang tiada tandingan
Mukjizat yang kekal sepanjang zaman, tetap tiada sepertinya
Kehebatan Al-Qur’an, agungnya Allah, betapa tinggi petunjuk hidayahNya
Oh petunjukNya, oh petunjukNya
Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya, dan cukuplah anda menjadi kebanggaan kala di kalangan manusia
Jadilah Muslim yang sebenar-benarnya, dan cukuplah anda menjadi perisai di sisi Allah
Andai engkau hidup, dunia dipenuhi kegembiraan
Andai engkau mati, pasti kau ketahui bagaimana matimu sebagai seorang merdeka
Jadilah Muslim, jadilah Muslim
** Semoga Ust Muhammad Abu Ratib menjadi qudwah kepada kami dan seluruh umat Islam.

man, ustaz abu ratib yang tengah menyayi tu ke?
ana pernah tengok video dalam setting yang sama tapi lagu al-qudsu lana..
lagu lain ana tak faham sangat.. huhu..
ok. ana dah buat research sikit.. betul la tu ustaz abu ratib.. الله يحفظه