Skip to content

Ibnu Khaldun & Muqaddimah Ibnu Khaldun

9 August 2010
Ibnu Khaldun, Maghribi 1332-1406M

Ibnu Khaldun, Maghribi 1332-1406M

Ibnu Khaldun memulakan penulisan Muqaddimah dengan kritikan yang bersifat menyeluruh berkenaan kesilapan dan kesalahan yang biasa dilakukan oleh ahli sejarah seangkatan dengannya serta kesulitan-kesulitan yang dihadapi mereka dalam menyempurnakan karya masing-masing.

Muqaddimah Ibnu Khaldun

Muqaddimah Ibnu Khaldun

Beliau telah mencatat tujuh isu utama yang agak kritikal: “Semua catatan, dengan sifatnya, terdedah kepada kesilapan-kesilapan berikut…

1. Sifat partisan dan kecenderungan kumpulan masing-masing dalam keyakinan atau pendapat.

2. Terlalu yakin dan percaya pada sumber-sumber yang bersifat tunggal.

3. Kegagalan dalam memahami maksud sebenar yang tersirat.

4. Kepercayaan yang salah tentang kebenaran.

5. Kelemahan untuk meletakkan sesuatu peristiwa mengikut konteksnya yang realistik.

6. Kecenderungan biasa untuk mendapatkan sokongan dari orang-orang berpangkat dengan memuji mereka dan meluaskan populariti mereka.

7. Yang paling penting adalah kejahilan tentang hukum (baca: prinsip) yang mengatur transformasi masyarakat manusia. “

Terhadap noktah terakhir iaitu kejahilan tentang prinsip asas sosialogi, Ibn Khaldun memaparkan teorinya tentang masyarakat manusia dalam Muqaddimah.

Sati' Al-Husri, Syria 1882–1968

Sati' Al-Husri, Syria 1882–1968

Sati’ Al-Husri, memberikan komentar bahawa Muqaddimah Ibn Khaldun pada dasarnya adalah sebuah karya sosiologi. Enam jilid buku ini merangkumi topik-topik Sosiologi Umum, Sosio-politik, Sosiologi Tamadun, Sosio-ekonomi, dan Sosiologi Pengetahuan.

Metodologi Saintifik

Ibnu Khaldun sering dikritik sebagai “idealis yang berfantasi dan pengkaji yang tidak kritis dari data-data ahli sejarah.” Keadaan ini akhirnya menyebabkan beliau memperkenalkan metodologi ilmiah tersendiri dalam bidang ilmu-ilmu sosiologi, yang dianggap sesuatu yang baru pada zamannya, dan beliau sering merujuknya sebagai ‘sains baru’ dan kemudian mengembangkan sendiri istilah-istilah yang juga baru dalam bidang ini.

Metodologi kajian sejarahnya juga telah meletakkan dasar kajian berkenaan peranan sistem pemerintahan negara, peranan sistem komunikasi, peranan sistem propaganda dan peranan sikap bias yang sistematik dalam sejarah, yang akhirnya membawa kepada pengembangan karya-karya historiografi beliau.

Permulaan tulisan beliau di dalam Al-Muqaddimah telah membawa perbincangan melalui asas ilmu Islam secara mendasar, merangkumi Psikologi Islami, kemudian ‘Ulum Hadith serta Fiqh dan kaedah-kaedah syara’. Perkara ini bukanlah suatu yang asing kerana beliau merupakan salah seorang yang pakar dan mendalami bidang-bidang ilmu tersebut.

Selepas itu barulah skop perbincangan berkenaan ilmu sosiologi (kemasyarakatan) Ibnu Khaldun menyentuh aspek sunnatullah (sains tabi’e), termasuk topik Asabiyah (semangat bangsa/kepuakan) manusia merangkumi aspek teori biologi kemanusiaan, pengaruh kimia kemanusiaan, pengaruh musim dan cuaca persekitaran, dan juga pengaruh teori-teori politikal.

Ibnu Khaldun telah membawakan contoh yang agak terperinci dalam mengukuhkan kajiaannya ini termasuklah Ketamadunan Parsi dan Arab, Ketamadunan Yahudi, serta perkembangan bangsa Afrika sub-sahara meliputi Barat Sahel, Nubia dan Habsyah (Ethiopia atau Abyssinia).

Sumber :

1. Al-Muqaddimah, Ibnu Khaldun

2. Morelon, Régis; Rashed, Roshdi (1996), Encyclopedia of the History of Arabic Science

3.Weiss, Dieter (1995), “Ibn Khaldun on Economic Transformation”, International Journal of Middle East Studies

4. Kiros, Teodros. Explorations in African Political Thought. 2001.

5. Anawati, Georges C., “Arabic Alchemy”

6. Warren E. Gates (July–September 1967), “The Spread of Ibn Khaldun’s Ideas on Climate and Culture”, Journal of the History of Ideas (University of Pennsylvania Press)

7.  Ernest Gellner, Plough, Sword and Book (1988)

About these ads
4 Comments leave one →
  1. mencari kebenaran permalink
    22 October 2010 6:10 pm

    http://langit-syurga.blogspot.com/

  2. Lailah Ikom permalink
    10 January 2011 10:14 am

    Saya sgt tertarik dgn karya Ibnu Kholdun.Tpi keterbatasan akses m’ buat saya jd bgung dmn sy dpt memperoleh karya2 beliau. Terlbh jrg sekali toko2 buku yg menyediakan krgan2 beliau…:)

  3. awan permalink
    21 June 2012 11:11 am

    gramedia ada gan. . .

  4. jabalrausyan fikr permalink
    2 August 2012 4:15 am

    ada di toko buku ko,sktar .150 an

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: