Skip to content

Dakwah ini seperti lumba lari 4x200m

19 February 2009
Risalah

Risalah

Jika tidak keterlaluan, saya ingin mengumpamakan projek dakwah ini seperti lumba lari 4x100m atau yang seumpama dengannya. Atau jika lebih baik, ia seumpama lumba lari 4x200m atau 4x400m, jaraknya lebih jauh, kemampuan individu lebih teruji, apatah lagi kemampuan pasukan.

Gambar hiasan.

Gambar hiasan.

Dalam satu pertandingan lumba lari di balapan, setiap pelumba tahu matlamat perlumbaan, iaitu untuk sampai ke garisan penamat sepantas yang mungkin, dalam masa yang sama perlu menewaskan pasukan lain. Peraturannya juga jelas, jangan keluar garisan lorong yang ada. Peserta di garisan permulaan tak boleh memulakan larian sebelum wisel berbunyi atau mungkin tembakan pengadil dilepaskan. Satu lagi, seorang pelumba perlu berlari untuk jarak yang tertentu sahaja, dan untuk jarak yang seterusnya dia perlu lepaskan baton untuk rakan pasukannya yang lain teruskan perlumbaan. Jika pun dia mampu untuk berlari sehingga ke garisan penamat, dia mungkin akan ditinggalkan pasukan lain kerana tenaga mereka lebih banyak, makanya larian mereka lebih baik dan lebih pantas. Lagi satu, jangan sabotaj kumpulan lain atau saja-saja ganggu mereka yang ada di kiri atau di kanan. Begitulah etikanya.

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Ketika seorang pelumba akan melepaskan baton kepada rakannya, rakan yang menyambut baton perlu terlebih dahulu berlari-lari anak, satu tangan di belakang bersedia menyambut baton untuk meneruskan larian. Semua ini perlu berlaku dengan kemas, tersusun, terancang dan dengan berdisiplin. Yang melepaskan baton tidak boleh terus berhenti mengejut, tapi perlu mengikut rentak larian rakan di hadapan sehinggalah baton disambut dengan kemas. Jika baton terlepas atau terjatuh ketika itu, seluruh pasukan empat orang itu menanggung kerugian. Pelari kena berhenti, atau mungkin terpaksa patah balik sedikit untuk kutip semula baton. Kemudian kena lonjak semula larian kerana sudah kehilangan momentum tadi. Semua ini dikira kerana satu saat sahaja perlumbaan memberikan nilai yang besar kepada keputusan keseluruhan nanti. Beransur-ansur itu penting, begitu juga disiplin dan perasaan bertanggungjawab.

2

Begitu jugalah dakwah ini, cuba kita bayangkan jika kita salah seorang pelari di tengah-tengah giliran tidak komited pada apa yang ingin dicapai pasukan, apa yang akan terjadi kepada seluruh pasukan. Katakanlah jika salah seorang ahli pasukan cuba nak tukar rentak perlumbaan kepada sesuatu yang tidak padan, contohnya nak berlari-lari anak sahaja, ataupun nak cuba lumba jalan kaki, berlari ke belakang, berjalan kaki sahaja atau berjalan itik. Atau kita berlari ala kadar sebab mental dah turun kerana penat dan melihat orang lain sudah jauh di depan. Atau paling malang kepada pasukan kalau dia beri isyarat pada yang lain dia nak duduk rehat sekejap di tengah-tengah jalan. Bagaimana agaknya pengorbanan rakan-rakan yang telah berlari sehabis tenaga lebih awal?

4

Di dalam perlumbaan itu, mungkin kita bukan pelari terpantas di antara semua pelumba, tetapi jika kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan berdisiplin, boleh jadi salah seorang di hadapan yang akan menyambut baton ini nanti adalah rakan yang mampu memecut sehabis mungkin dan memenangi perlumbaan. “Jadilah anda paling kurang sebagai pemikul dakwah ini yang komited, yang akan memindahkan dakwah ini kepada seorang yang lebih faqih.”

Tetapi dakwah ini adalah perlumbaan yang lebih panjang, dan garisan penamatnya masih sangat jauh. Kita pun tak pasti kita di giliran yang mana. Berapa jauh lagi akan tamat perlumbaan. Sebelum-sebelum kita, telah ramai yang mendahului. Berbagai-bagai sejarah dan kisah boleh kita lihat dan menjadi tauladan kita sepanjang balapan. Ada yang jatuh tersungkur, ada yang bersungguh-sungguh sehabis tenaga dan sebagainya.

5

Cuma persoalannya di sini, adakah kita melaksanakan tugas kita dengan sebaik mungkin. Allah tidak bertanya tentang keputusannya nanti, tetapi apa yang telah kita lakukan dan korbankan untuk memenangkan agamanya? Apa yang telah pasti, agamanya pasti akan menang sama ada kita menyambut baton ini atau tidak. Kitalah sebenarnya yang perlukan keberadaan kita di dalam pasukan ini supaya kita merasai kemanisan kemenangan rakan yang terakhir nanti.

Wallahu a’lam.

About these ads
5 Comments leave one →
  1. ubai permalink
    23 February 2009 6:48 pm

    Salman tak sabar masuk **** ****** ker…..

    berkejar-kejaran… nak sampai **???

    jangan risau bang… insya Allah garisan penamat akan sampai juga…

    ~yang menunggu

  2. 2 March 2009 1:23 am

    assalamualaikum..

    1. first time comment.

    2. jom lari same2.. nta geng ana la.. baru harapan menang besar.. ^_^”

    3. best artikel ni.. lari3..

    4. isma UK/EIRE da ade blog.. tp xde isi sgt lagi.. ^_^”

    ^_^”

  3. 3 March 2009 11:59 am

    Suatu perkongsian yang mengoncangkan akal fikiranku..Syukran kerana membuatkan ana terfikir..Biar kita menjadi penyebab kemenangan jalan dakwah yang mulia ini…Ameen……Ameen………Aammeeeeennnnnn ya Robb… Taqobal minna,,,,,,,,,

  4. tintataghyir permalink
    25 April 2009 5:33 pm

    Analogi yang bagus untuk direnung. Ngapa baru je nak berjinak ngan blog2 ni? Rasanya lama dah mewarisi komputer dan internet dari mahaguru dulu.
    Man, masuk blog ana man. Lagi newbies dr anta. Bg komen skali ok. Promote kat ikhwah2 Mesir semua.
    http://tintataghyir.wordpress.com

  5. +fobia+ permalink
    4 May 2009 12:16 pm

    hu.berlari bersamasama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: