Skip to content

Sudah bergelar graduan Al-Azhar

28 October 2009

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan teman seperjuangan, saya kini sudah bergelar graduan Universiti Al-Azhar, Fakulti Syari’ah & Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiyyah dengan pangkat Jayyid (Baik).

Tahniah juga diucapkan buat adinda saya, Nazihah Abdul Rahman yang juga menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariyyah, Fakulti Usuluddin, Jabatan Tafsir, juga dengan pangkat Jayyid.

Juga sekalung tahniah buat semua sahabat-sahabat yang baru sahaja berkonvo bersama-sama pada Ahad lepas.

Terima kasih diucapkan buat adik-adik; Munawwar dan Amalina yang menemani kami di Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar 2009 di Markaz Al-Azhar Lil Mu’tamarat (Al-Azhar Conference Center). Juga buat seorang sahabat yang sangat rajin menjadi photographer peribadi saya sepanjang konvo dengan ‘senjata’nya yang ‘sharp‘ dan fokus.

Untuk Mama dan Abah, kejayaan kami di sini ditujukan terutamanya untuk Mama dan Abah. Juga buat guru-guru yang pernah mendidik kami. Adik-beradik yang sabar dengan rindu-rindu perpisahan yang lama. Sahabat-sahabat yang terus-terusan memberikan sokongan. Juga akhir sekali buat para Mursyid di Universiti di atas tunjuk ajar kalian. Penghargaan juga buat bumi Mesir yang banyak mengajar kami tentang kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan.

Salman

Jazakallah akhi Hilman Akil Tan atas memoir yang sangat istimewa. Teruja.

Advertisements
11 Comments leave one →
  1. suhailsufian permalink
    28 October 2009 8:58 am

    mabruk tu!

  2. aar permalink
    28 October 2009 1:47 pm

    Alhamdulillah.proud of you..jgn lupe doakn utk adik anya yg satu2nya amek medic nie 😉

  3. 28 October 2009 3:41 pm

    mabruk….. dah gred….boleh kawen laa ek…hehehe…
    tgh cari bestmen ker??? ana ade baju sepasang…hehehe….

  4. ibnzakaria permalink
    2 November 2009 3:01 pm

    Mabruk ‘alaika!!
    Tgh menunggu rezeki utk dtg mesir.. hehe.. Insya allah..

  5. 2 November 2009 4:48 pm

    @aar : robbuna yusahhil.

    @saif : ok. bestman dah ade..

    @ibnuzakaria : kami menanti nta tiba di sini. dtg nnt ajak kawan2..

  6. 2 November 2009 4:51 pm

    @suhail : tertggl lak.. jazakallah. nta 2 thn lg..

  7. zakri permalink
    6 November 2009 5:25 pm

    assalamualaikum,

    tahniah..

    uhuk

    lambat..

    hilang link

  8. 6 November 2009 6:16 pm

    @ zakri : a million tanx, my bro zak..

  9. Hazim Azhar permalink
    8 December 2009 7:39 pm

    Mabruk akhi~

    Jom sambung cairo u. hehe

  10. 11 December 2009 10:04 am

    Mabruuuuuk. Apo tak bagitahu awal-awal? Boleh bagi ucapan omedeto. Cantik gambar, teringat masa anta test jubah ana dahulu, tapi gambarnya tak secun di ataslah. Memori itu jangan dilupa.
    Apa pun moga terus thabat dan doakan ana juga begitu. Malaysia mencabar juga.

  11. 15 January 2010 1:09 pm

    salman ketua pelajar sekolah, senior yg paling bagus aku jumpe..
    adek dia satu kelas ngan aku dulu..
    time SRIH la..
    bila dah menengah lama dah tak jumpe..
    sekarang tgk2 dah kat mesir plak~
    mah ai~~
    congrats guys~
    ~hamba allah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: