Skip to content

Tentang Pemilik Blog

Blog PerantauMusafir ini dimiliki oleh Salman bin Abdul Rahman. Nama dipilih berdasarkan nama seorang tokoh sahabat agung, Salman Al-Farisi. Rasulullah (saw) telah bersabda,”Kalaulah iman itu seperti tsurayya (lampu cendeliang atau gugusan bintang) pastilah ia akan dinikmati oleh orang-orang itu (orang-orang pencari kebenaran),” dan tangan Baginda (saw) memegang Salman Al-Farisi.

Dilahirkan pada 13 Februari 1985 di Kampung Manjoi, Daerah Ipoh, Negeri Perak Darul Ridzuan. Ketika berumur 3 tahun, bersama famili berpindah ke bandaraya selatan Johor Bahru kerana ayahanda bertukar tempat kerja.

Pendidikan awal bermula di rumah, bergurukan seorang ibu penyayang. Kemudian dihantar ke Tadika Iman Taman Sri Skudai, Johor Bahru, supaya dapat mengenal rakan-rakan baru dan dunia yang lebih luas, agar asas perkenalan kepada Iman itu seiring dengan mengenal erti ukhuwah dan silaturrahmi.

Pada penghujung tahun 1991, mula mendapat pendidikan rendah di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Sinaran Baru, Johor Bahru. Di sini erti hidup mula ditanam dalam skop yang lebih luas tetapi terpandu. Di sini saya membina sedikit-sedikit jatidiri. Belajar berdikari, menimba pengalaman, dan menadah ilmu pengetahuan dari guru-guru yang sangat berdedikasi dan mulia. Pengajian 6 tahun di sini berjaya ditamatkan dengan baik.

Awal 1998, walaupun hanya berpindah bangunan kelas dan berbeza pentadbiran sekolah serta suasana harian persekolahan yang lebih matang, saya memulakan pengajian di Sekolah Menengah Islam Hidayah. Kebanggaan dan kenangan-kenangan manis masih lagi bersama sekolah ini. Di sini proses mengenal kehidupan lebih luas dan bermakna. Suka, duka, manis dan pahit bersama teman-teman setia dan guru-guru berwibawa masih tersemat dalam memori. Sebahagian besar diri saya terbina di sini. Tempoh pengajian 5 tahun di sini berakhir setelah menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia, walaupun saya masih berasa agak mengecewakan semua pihak dengan keputusan SPM saya.

Pertengahan Jun 2003, setelah perbincangan dengan beberapa pihak, saya mengambil tindakan nekad, setelah menolak tawaran Matrikulasi KPT dan Matrikulasi UIA untuk ke Mesir, bagi memenuhi cita-cita menguasai Bahasa Arab dan lebih mendalami bidang Deen.

Berbekalkan sedikit kredit baru Bahasa Arab yang diperolehi selama lebih kurang 8 bulan di Mesir, saya pulang untuk mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di tanah air. Tuah saya Allah campakkan saya jauh dari Johor Bahru ke Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu, Kelantan. Di sini saya belajar kepelbagaian dalam kehidupan. Cita-cita saya dan teman-teman baru di sini semuanya sama, tetapi berbeza dari beberapa aspek, antaranya budaya, corak pemikiran, gaya gerakan, bahasa teknik, fokus kerja sosial dan lain-lain lagi.

Setelah mendapatkan sijil STAM, saya kembali ke bumi Mesir pada Julai 2005, mendaftar ke Universiti Al-Azhar As-Syariff pada September 2005, di Fakulti Pengajian Syariah Islamiyyah dan Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiyyah Tulen.

Kini, masih mahasiswa pragraduasi, tahun 4, Universiti Al-Azhar AS-Syarif yang menjadi kebanggan kami.

Wallahul musta’an.

Advertisements
9 Comments leave one →
  1. 15 January 2008 9:55 pm

    Salam…. kacak nye gambr kat atas tu…

  2. 7 March 2008 1:04 am

    Assalamualaikum wr wb.,
    Sahabatku, sepertinya Anda harus mengedit laman “about ” agar cerminkan blog ini dengan benar.

    Saya belum baca semua posting tapi blog Anda menarik hati saya, ketika saya browse tag :”hati”.

    Saya dari Indonesia, hendak memasang blog Anda dalam blogroll saya.
    jika berkenan sudilah memasang pula blog saya dalam blogroll Anda

    Terimakasih
    Wassalam. wr wb.
    dsusetyo.wordpress.com

  3. 9 March 2008 3:06 am

    🙂

  4. 10 March 2008 2:49 am

    dan abang kepada adik beliau adalah jiran kepada ahli bilikku~

    assalam

  5. rinoame88 permalink
    2 April 2008 4:28 pm

    salam..uish..lama dh x jmpe..dh berubah dh muka..

  6. 25 April 2008 6:01 am

    Salam.. Link yer..
    Hensem la plak dlm gamba..

  7. 5 October 2008 11:27 am

    assalaamu’alaikum..
    salam ziyaarah..

    salam ‘idul fitri gak..

  8. 5 October 2008 11:29 am

    oh ya anta dok kat manjoi kat kg ape yea??

  9. 27 April 2009 6:26 pm

    slm ziarah.. nice page… alhmdulillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: