Skip to content

Selamat Hari Guru ~buat semua guru-guru, para murabbi, para pendidik

17 May 2009

Guru O Guru by Usman Awang

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu, dialah bapa, juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan didulangi ilmu

Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Syair Imam Syafie (Buat Para Guru)

syair safi'e

Ilmu adalah sebaik-baik apa yang dicapai tangan,

betapa agungnya jasa tangan Guru kepadaku.

Nyawaku taruhan bagi hidup Guru,

kerananya jernihlah sumber hidupku dan alirannya.

Guru merawati daku dari penyakit kejahilan,

yang tidak daya begitu seorang tabib yang agung.

Ilmu itu rumah dan Guru tangganya,

bagaimana lagi menaiki rumah jika bukan melalui tangganya.

Maka ketahuilah bagi Guru haknya,

Kerana jasa Guru kau kenali kebenaran tika mudamu.

Ilmu itu andai engkau nilaikan,

tidakkan pernah sama dengan habuan dunia yang hilang dan lesap.

جزاكم الله خير الجزاء

BuatMu – Sya’ir al-Imam as-Syafi’e

17 May 2009

إلـيــك

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

BuatMu, Tuhan segala makhluk, ku persembahkan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

Sekalipun aku seorang pendosa, wahai Maha Pemberi dan Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Tatkala keras hatiku dan sempit jalan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Ku jadikan sendu rayuku manifestasi keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

Selamanya masih Engkau sahaja yang mengampuni dosa yang tidak terhapus ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرّمــا

Kasih dan ampunanMu adalah kurnia dan kasih sayangMu

***

Read more…

Dakwah ini seperti lumba lari 4x200m

19 February 2009
Risalah

Risalah

Jika tidak keterlaluan, saya ingin mengumpamakan projek dakwah ini seperti lumba lari 4x100m atau yang seumpama dengannya. Atau jika lebih baik, ia seumpama lumba lari 4x200m atau 4x400m, jaraknya lebih jauh, kemampuan individu lebih teruji, apatah lagi kemampuan pasukan.

Read more…

IKHWAN Wiki – Ensiklopedia Elektronik Jemaah Ikhwan Muslimin

5 September 2008

Buat pertama kalinya memperkenalkan Ensiklopedia Ikhwanul Muslimin – segala perkara yang ingin anda ketahui tentang salah satu Jemaah Kubra Muslimin : Jama’ah Ikhwan Muslimin.

IKHWANwiki, mula dilancarkan pada 1 Ramadhan 1429H baru-baru ini.

 

ikhwan wiki

ikhwan wiki

Read more…

Kerajaan Seteru Khafiyyah

5 September 2008
Mari bersama mengenal hakikat sebenar peperangan di atas muka bumi ini. Yang pastinya sering berlaku di antara kerajaan khafiy tersembunyi dan kerajaan yang terzahir dilihat mata. Kita pasti tak dapat menyebut dengan tepat berapa banyak masa kita disibukkan dengan persediaan untuk menghadapinya. Akan tetapi yang pastinya kita akan membongkar rahsia-rahsia khafiy. Bersama-sama drama ini, iringkan imaginasi anda tanpa had. Pancarkannya di skrin minda dan saksikan, dengan telinga anda semestinya (drama ini drama suara tanpa gambar video).
Setiap jiwa pasti terpampang padanya kerajaan gergasi ini. Menyaksikan pertempuran, pertembungan, kegeritan dan peperangan mega saban zaman.

Selamat menikmati!

[Jika anda memahami bahasa Arab dengan baik, menjadi bonus untuk anda menikmati hidangan ini.]

 

Mamlakah al-A’daa’ al-Khafiyyah

Read more…

Mesir : Bangsa dalam penantian

8 May 2008

A nation in waiting

4 Mei baru-baru ini Tuan Presiden Hosni Mubarak meraikan ulangtahun kelahirannya yang ke 80 dan tidak kurang 27 tahun sebagai Tuan Presiden kepada rakyat Mesir. Akan tetapi, sejak awal lagi, marhain kebanyakan masih merasakan mereka sebagai sebuah bangsa negara yang sedang dalam penantian. Menanti sesuatu yang tidak pasti. Yang entah bila saatnya akan tiba. Hanya menanti? Hanya jiwa yang besar akan memberikan anda jawapannya.. Read more…

Karya Seni Kontroversial Aboutrika untuk Gaza

8 May 2008