Skip to content

Ibnu Khaldun & Muqaddimah Ibnu Khaldun

9 August 2010
Ibnu Khaldun, Maghribi 1332-1406M

Ibnu Khaldun, Maghribi 1332-1406M

Ibnu Khaldun memulakan penulisan Muqaddimah dengan kritikan yang bersifat menyeluruh berkenaan kesilapan dan kesalahan yang biasa dilakukan oleh ahli sejarah seangkatan dengannya serta kesulitan-kesulitan yang dihadapi mereka dalam menyempurnakan karya masing-masing.

Muqaddimah Ibnu Khaldun

Muqaddimah Ibnu Khaldun

Beliau telah mencatat tujuh isu utama yang agak kritikal: “Semua catatan, dengan sifatnya, terdedah kepada kesilapan-kesilapan berikut… Read more…

Jadilah Muslim Sebenar-benarnya

12 July 2010

Lagu ini begitu bermakna kalimat-kalimatnya. Saya ingin dedikasikan buat pemilik suara emas ini, anak jati bumi Syam yang kini jiwa merdakanya sedang terpenjara jasad di Amerika. Beliau ditahan oleh pihak berkuasa Amerika sekembalinya dari Kanada atas tuduhan memberikan maklumat palsu berkenaan aktivitinya di sana semenjak 12 tahun ini. Ustaz Abu Ratib telah membenarkan butir-butir kalimat sya’ir-sya’ir yang beliau lagukan.

كن مسلما

كن مسلما وكفاك بين الناس فخرا
كن مسلما وكفاك عند الله ذخرا
فإذا حييت ملأت هذي الأرض بشرا
وإذا قضيت عرفت كيف تموت حرا

كن مسلما كن مسلما

أنت الربيع فأي شيء في الحياة إذا ذبلت
أنت الفضاء فأين تنطلق الحياة إذا مللت

أنت الحياة فكن إلى الأنحاء وانظر
ما فعلت ما فعلت ما فعلت

كن مسلما وكفاك بين الناس فخرا
كن مسلما وكفاك عند الله ذخرا
فإذا حييت ملأت هذي الأرض بشرا
وإذا قضيت عرفت كيف تموت حرا

كن مسلما كن مسلما

ميراثك الوضاء من هدي النبوة لا يضاهى
المعجزات الخالدات على الزمان وما سواها

وروائع القران جل الله ما أسمى هداها
آه هداها آه هداها

كن مسلما وكفاك بين الناس فخرا
كن مسلما وكفاك عند الله ذخرا
فإذا حييت ملأت هذي الأرض بشرا
وإذا قضيت عرفت كيف تموت حرا

كن مسلما كن مسلما Read more…

Al-Azhar : Kebanggaan Para Azhari dan Umat Islam Seduni

14 November 2009

Nama Al-Azhar As-Syarif cukup terkenal bukan sahaja di Mesir, bahkan di seluruh dunia. Namanya sahaja cukup dihormati oleh seluruh umat Islam tidak kira apa jua aliran pemikiran, bahkan juga manusia-manusia yang memusuhi Islam. Dunia barat dan timur memberikan perhatian yang khusus kepada Al-Azhar berbanding pusat-pusat pengajian Islam yang lain. Amerika di dalam membawa misi meyakinkan dunia untuk tunduk kepada kepimpinan mereka sebagai kuasa terbesar juga datang membina hubungan dengan Al-Azhar dengan harapan umat Islam akan berlembut terhadapat mereka.

Al-Azhar As-Syarif

Di Mesir sahaja sebenarnya, terdapat pusat-pusat pengajian yang menawarkan sistem pengajian yang lebih baik dan tersusun berbanding Al-Azhar, contohnya Kuliah Darul ‘Ulum di Universiti Kaherah. Akan tetapi penjawat tertinggi dalam hirarki Al-Azhar diiktiraf Republik Arab Mesir setaraf Menteri Kabinet bahkan boleh jadi setaraf Perdana Menteri (sudah pasti tak setaraf Presiden).

Begitu juga pusat-pusat pengajian tinggi di negara-negara Arab dan dunia Islam lain seperti universiti-universiti di Maghribi, Syria, Madinah, Makkah, Jordan, Qatar dan lain-lain, bahkan UIA di Malaysia sendiri. Akan tetapi, nama Al-Azhar lebih dikenali dan disebut-sebut. Namanya sahaja lebih gah dari yang lain. Itu suatu hakikat yang terpaksa diterima, walaupun berbagai kontroversi melanda institusi ini. Kenapa Al-Azhar diberikan kemuliaan ini? Sesiapa sahaja akan melihat sejarah perjalanan Al-Azhar dan juga jasa-jasanya terhadap dunia Islam khususnya dalam melahirkan insan-insan yang ‘alim, soleh, sederhana dan mengesani masyarakat. Metodologi Al-Azhar sentiasa sederhana dan berprinsip, selagimana ia bebas dari campurtangan politikus. Manhaj pengajiannya sederhana, meraikan semua wajah pemikiran Islami, tetapi mencari wajah terbaik dalam setiap liku realiti alam.

Di sini anak-anak dakwah dan penuntut-penuntu ilmu datang dari semua ceruk dunia untuk menghirup madu-madu ilmu yang ada di dada-dada para guru-guru yang setia kepada dakwah Islam. Anda jika ke Al-Azhar, jangan merasa pelik jika merasakan dunia seolah-olah berkumpul di dalamnya. Di sini terdapat penuntut bukan sahaja rakyat Arab Mesir, bahkan dari Syria, Arab Saudi, Yaman dan lain-lain. Penuntut-penuntut juga datang dari Nusantara; Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei dan Filipina; dari India, Bangladesh dan Pakistan di wilayah-wilayah Lautan Hindi; dari Cina, Rusia, Kazakhstan, Turkmenistan, Tajikistan dan lain-lain dari Asia Tengah; dari Afrika seperti Comoroes, Afrika Selatan, Nigeria, Madagascar dan Algeria; dari Eropah dan sekitarnya seperti Albania, Turki, Britain, Perancis, Jerman, Kosova dan Chechnya; tak ketinggalan juga dari Amerika Syarikat dan Amerika Selatan. Read more…

Sudah bergelar graduan Al-Azhar

28 October 2009

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, berkat doa ibubapa, keluarga, guru-guru, rakan-rakan dan teman seperjuangan, saya kini sudah bergelar graduan Universiti Al-Azhar, Fakulti Syari’ah & Undang-undang, Jabatan Syariah Islamiyyah dengan pangkat Jayyid (Baik).

Tahniah juga diucapkan buat adinda saya, Nazihah Abdul Rahman yang juga menamatkan pengajian di Universiti Al-Azhar cawangan Iskandariyyah, Fakulti Usuluddin, Jabatan Tafsir, juga dengan pangkat Jayyid.

Juga sekalung tahniah buat semua sahabat-sahabat yang baru sahaja berkonvo bersama-sama pada Ahad lepas.

Terima kasih diucapkan buat adik-adik; Munawwar dan Amalina yang menemani kami di Majlis Konvokesyen Graduan Al-Azhar 2009 di Markaz Al-Azhar Lil Mu’tamarat (Al-Azhar Conference Center). Juga buat seorang sahabat yang sangat rajin menjadi photographer peribadi saya sepanjang konvo dengan ‘senjata’nya yang ‘sharp‘ dan fokus.

Untuk Mama dan Abah, kejayaan kami di sini ditujukan terutamanya untuk Mama dan Abah. Juga buat guru-guru yang pernah mendidik kami. Adik-beradik yang sabar dengan rindu-rindu perpisahan yang lama. Sahabat-sahabat yang terus-terusan memberikan sokongan. Juga akhir sekali buat para Mursyid di Universiti di atas tunjuk ajar kalian. Penghargaan juga buat bumi Mesir yang banyak mengajar kami tentang kekuatan dan ketabahan dalam kehidupan.

Salman

Jazakallah akhi Hilman Akil Tan atas memoir yang sangat istimewa. Teruja.

Hadiah paling bermakna buat sahabat seperjuangan buat bekal menempuh perjalanan

18 October 2009

Assalamualaikum WBT.

Saya mengambil masa yang agak lama juga untuk memahami dunia perblogan, dan mengerti jiwa seorang blogger. Akhirnya saya dapat simpulkan saya bukan seorang blogger sejati. Maaf sahabat-sahabat blogger sekalian, harap boleh banyak lagi belajar dari anda semua.

Saya dan rakan-rakan yang sedang melalui detik-detik tegang dan kritikal di sini kadang-kala merasai sedikit sesak, apatah lagi melalui saat-saat yang belum pernah dialami secara peribadi, walaupun bayangan-bayangan peristiwa sebegini sudah terlintas lama dahulu semasa mula-mula mengenal erti perjuangan ini. Hakikatnya, ia betul-betul suatu kemanisan di dalam mengharungi fasa-fasa kematangan dalam melangkah.

Buah-buahan syurga

Buah-buahan syurga

Buat rakan-rakan semua, saya tujukan hadiah teristimewa yang saya kira paling bermakna dalam fasa-fasa mutakhir kita. Moga menjadi penyembuh luka hati, merawat cedera jiwa, melapangkan dada, melegakan lelah dan mencerahkan pandangan kita bersama. Read more…

Who are you, Barry Soetoro?

22 June 2009

Barry, did you know talk radio/internet show host Alex Jones released a documentary video about you in March 2009 with blatant partial truths and critical omissions?

Barry, your mother was pure Caucasian white and your father was African black so why do you incorrectly identify yourself as an African Black rather than identify yourself as the appropriate designation of Mulatto or Bi-Racial?

Barry, are ashamed of or angry at being Mulatto or Bi-Racial?

Barry, why did Alex Jones exclude this important topic from his documentary about you?

Barry, what is the first name is on your birth certificate, Barry or Barack?

Barry, what is the last name on your birth certificate, Obama or Dunham ( your mother’s maiden name)?

Who is Barry Soetoro?

Who is Barry Soetoro?

Read more…

Umatku yang sakit, jangan meratap

19 May 2009

Munshid : Muhammad Al-Husayan, Kuwait [Festival Nasyid Keenam]

يا أمتي

يا أمتي لا تألمي * يا أمتي ولتقدمي

Wahai Umatku, jangan meratap

Wahai Umatku, teruslah melangkah

Read more…

Selamat Hari Guru ~buat semua guru-guru, para murabbi, para pendidik

17 May 2009

Guru O Guru by Usman Awang

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepalang ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi.


Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu, dialah bapa, juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.


Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.


Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan didulangi ilmu

Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Syair Imam Syafie (Buat Para Guru)

syair safi'e

Ilmu adalah sebaik-baik apa yang dicapai tangan,

betapa agungnya jasa tangan Guru kepadaku.

Nyawaku taruhan bagi hidup Guru,

kerananya jernihlah sumber hidupku dan alirannya.

Guru merawati daku dari penyakit kejahilan,

yang tidak daya begitu seorang tabib yang agung.

Ilmu itu rumah dan Guru tangganya,

bagaimana lagi menaiki rumah jika bukan melalui tangganya.

Maka ketahuilah bagi Guru haknya,

Kerana jasa Guru kau kenali kebenaran tika mudamu.

Ilmu itu andai engkau nilaikan,

tidakkan pernah sama dengan habuan dunia yang hilang dan lesap.

جزاكم الله خير الجزاء

BuatMu – Sya’ir al-Imam as-Syafi’e

17 May 2009

إلـيــك

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي

BuatMu, Tuhan segala makhluk, ku persembahkan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا

Sekalipun aku seorang pendosa, wahai Maha Pemberi dan Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

Tatkala keras hatiku dan sempit jalan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

Ku jadikan sendu rayuku manifestasi keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

Selamanya masih Engkau sahaja yang mengampuni dosa yang tidak terhapus ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرّمــا

Kasih dan ampunanMu adalah kurnia dan kasih sayangMu

***

Read more…

Dakwah ini seperti lumba lari 4x200m

19 February 2009
Risalah

Risalah

Jika tidak keterlaluan, saya ingin mengumpamakan projek dakwah ini seperti lumba lari 4x100m atau yang seumpama dengannya. Atau jika lebih baik, ia seumpama lumba lari 4x200m atau 4x400m, jaraknya lebih jauh, kemampuan individu lebih teruji, apatah lagi kemampuan pasukan.

Read more…